Iklan 728x90
Biodata Marissa Dania Hakim: Kehidupan Peribadi dan Latar Belakang

Biodata Marissa Dania Hakim: Kehidupan Peribadi dan Latar Belakang

2026, Apr 01    

Nama Marissa Dania Hakim bukan suatu nama yang asing dalam dunia hiburan dan media sosial Malaysia. Anak kedua kepada bekas pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, pergerakan dia sering diamati oleh netizen.

Baru-baru ini nama Marissa kembali hangat diperkatakan di medial sosial disebabkan kemelut rumahtangga bersama suaminya, Ahmad Aslam.

Marissa dan suami, Ahmad Aslan dilaporkan dalam process perceraian.

Marissa Dania, Anak Norman Hakim, Anak kedua Abby Abadi</figure>Walaupun tidak bermula sebagai pelakon atau penyanyi arus perdana, setiap gerak-gerinya sering menjadi tumpuan netizen. Dilahirkan dalam keluarga selebriti, tidak hairan la dia juga mendapat tempias dari ibu bapanya.

Jom kita semak biodata penuh dan sisi peribadi influencer muda ini.

Biodata Ringkas

  • Nama Penuh: Marissa Dania Hakim
  • Gelaran: Marissa
  • Tarikh Lahir: 7 July 2005
  • Umur: 21 Tahun (pada 2026)
  • Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Agama : Islam.
  • Pekerjaan: Model Muslimah, Pempengaruh Media Sosial (Influencer)
  • Ibu: Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi)
  • Bapa: Mohamed Nurhakim bin Zaidon (Norman Hakim)
  • Adik-beradik: Mohamed Danish Hakim (Abang) dan Marissa Dania (Anak kedua)
  • Pendidikan: Ma’ahad Tahfiz,Sekolah As Sofa Senawang, Negeri Sembilan (Sijil Pelajaran Malaysia SPM)
  • Instagram : https://www.instagram.com/marissadania_/
  • Twitter / X : https://twitter.com/_marissadania

Latar Belakang Keluarga & Kehidupan Awal

Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, Anak Abby Abadi, Anak Norman Hakim</figure>Marissa merupakan anak kedua daripada hasil perkahwinan bekas pasangan selebriti popular, Norman Hakim dan Abby Abadi. Membesar dalam keluarga yang sentiasa berada di bawah radar media, Marissa sudah terbiasa dengan perhatian umum sejak kecil.

Marissa mendapat pendidikan di sekolah aliran agama Ma’ahad Tahfiz,Sekolah As Sofa Senawang, Negeri Sembilan. Itu yang membentuk imejnya sebagai gadis berhijab yang sopan. Kecantikannya yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya membuatkan beliau senang mendapat perhatian jenama-jenama tempatan untuk dijadikan model seawal usia remaja.

Kerjaya sebagai Model & Influencer

Marissa mula membina jenama peribadinya sendiri melalui platform Instagram dan TikTok. Dengan jumlah pengikut yang mencecah ratusan ribu, beliau sering bekerjasama dengan produk kecantikan dan pakaian Muslimah. Kelebihannya terletak pada gaya penampilannya yang moden namun tetap mengekalkan ciri-ciri sopan.

Kehidupan Peribadi & Kontroversi

Kehidupan peribadi Marissa mula menjadi bualan hangat sekitar tahun 2023 dan 2024 ekoran dakwaan penglibatannya dalam isu rumah tangga pihak ketiga.

  • Pernikahan di Thailand: Media juga melaporkan bahawa Marissa telah melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.
  • Status Perkahwinan: Beliau menjadi isteri kedua kepada Aslam. Perkara ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, memandangkan usia beliau yang masih muda dan status Aslam yang sudah berkeluarga.
  • Ujian Kehilangan Cahaya Mata: Pada pertengahan 2024, dilaporkan bahawa Marissa telah kehilangan bayi sulungnya yang meninggal dunia ketika dilahirkan dalam usia kandungan enam bulan.

Nota Editor Ubipanas: Setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Sebagai netizen, marilah kita mendoakan yang terbaik buat Marissa dan keluarganya dalam menempuh fasa-fasa kehidupan yang mencabar dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Sumber Rujukan:

  1. Berita Harian
  2. Harian Metro
  3. Astro Gempak
  4. Instagram Rasmi (@marissadania_