5 Senarai Netflix TV Show Yang Paling Best, Wajib Korang Tonton Hujung Minggu Ni
Bila hujung minggu tiba, ini lah masa untuk santai dan bermalas malasan di rumah.
Tapi tak tahu apa nak buat di rumah? Apa lagi,time to Netflix!
Sediakan jajan kegemaran, tarik selimut dan buka Netflix!
Kami sediakan senarai TV Show yang wajib binge watch hujung minggu ni.
Jom kita mulakan!
1. Squid Game
Squid game sudah memang tidak asing lagi. Kami pun dah tengok rancangan ni. Dah start tengok, memang susah nak stop!
Squid Game ialah sebuah siri thriller distopia Korea Selatan di Netflix yang dicipta oleh Hwang Dong-hyuk. Siri ini mengisahkan 456 peserta yang dibelenggu hutang yang banyak, dipanggil untuk menyertai pertandingan yang menjanjikan hadiah wang yang banyak.
Peserta perlu bersaing dalam permainan kanak-kanak untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak ₩45.6 bilion, ataupun lebih kurang RM122 juta!
Yang menjadikan siri ini penuh debaran adalah peserta yang kalah akan dihukum bunuh.
Dibintangi oleh Lee Jung-jae, siri ini terkenal dengan komentar sosialnya yang mendalam dan penuh intensiti.
Kalau belum tengok lagi, ni masa terbaik! Penuh dengan suspens, kejutan, dan watak-watak yang susah dilupakan. Serius, sekali duduk tak boleh berhenti.
2. Gyeongseong Creature
Kepada peminat drama Korea, genre siri ini agak lain daripada yang lain. Drama Gyeongseong Creature ni berlatarkan belakang sejarah zaman penjajahan yang penuh dengan thriller dan seram.
Siri ini ditulis oleh Kang Eun-kyung, dan diarahkan oleh Chung Dong-yoon dan Roh Young-sub.
ubipanas.com pun dah tengok siri ini. Memang sangat menarik, banyak kejutan dan terselit juga babak romantik dalam siri ini.
Lakonan pun memang mantap.
Siri ini dibintangi oleh Park Seo-joon, Han So-hee dan Claudia Kim. Siri ini berlatarkan tahun 1945, semasa pendudukan Gyeongseong (nama lama Seoul) oleh Tentera Jepun.
Cerita ini menggambarkan kekejaman oleh tentera Jepun ke atas orang awam, eksperimen biologi rahsia ke atas orang awam, pemberontak yang bangkit menentang mereka, dan makhluk raksasa yang dihasilkan daripada eksperimen biologi ke atas orang awam.
3. One Piece Live Action
Siri One Piece Live Action ni adalah adaptasi dari manga One Piece dan juga Anime. Bagi peminat Anime dan Manga, siri macam ni memang siri yang dinanti-nantikan.
Siri live action ni dah keluar sehingga season 2. Untuk season 1, bawa Luffy dan geng keluar dari East Blue iaitu kawasan laut yang mempunyai lanun yang lemah. Untuk season 2 pula, diorang akan masuk kawasan yang lagi ganas, iaitu The Grand Line. Luffy and the geng bakal berdepan musuh-musuh yang lebih garang dan ganas.
Pada peminat manga dan anime, siri ini wajib tengok. Siri anime dan manga One Piece adalah antara siri yang terkenal.
4. Something Bad Is Going To Happen
Siri Something Bad Is Going To Happen ni baru sahaja keluar di Netflix, tapi dah masuk carta top 10 di Netflix.
Diterbitkan oleh Duffer Brothers (otak di sebalik TV Series Stranger Things), siri 8 episod ni bukan cerita hantu biasa. Ia adalah psychological horror yang akan buat korang fikir dua kali sebelum nak kahwin!
Ceritanya pasal sepasang kekasih, Rachel dan Nicky, yang kononnya nak raikan hari bahagia mereka kat sebuah kabin mewah milik keluarga. Tapi, langit tak selalunya cerah. Sebaik saja mereka sampai, suasana romantik bertukar jadi ngeri bila Rachel mula sedar ada sesuatu yang tak kena dengan keluarga Nicky.
Rupanya, ada “sumpah” kuno yang menghantui keturunan mereka: Kalau korang tak kahwin dengan true soulmate sebelum matahari terbenam pada hari majlis, sesuatu yang sangat buruk akan berlaku. Adakah Nicky benar-benar orangnya, atau Rachel sebenarnya sedang melangkah masuk ke dalam perangkap maut?
Untuk peminat cerita seram, cerita ni bukan jenis jump scare tapi lebih pada ceritya yang mana bulu roma akan meremang bila tengok. Lebih-lebih lagi kalau korang bersendirian!
5. Phantom Lawyer
Dah dua minggu berturut-turut drama Phantom Lawyer ni tak nak turun dari takhta Top 10 kat Netflix! Phantom Lawyer bukan drama peguam yang skema macam biasa kita tengok. Ia mengisahkan seorang peguam yang “ghaib” tapi sangat licik dalam menyelesaikan kes-kes profil tinggi yang nampak mustahil untuk menang.
Siri ini mengisahkan Shin I-Rang lakonan Yoo Yeon-Seok, seorang peguam yang mula melihat hantu selepas membuka firma guamannya di bekas rumah seorang bomoh. Walaupun kelihatan seorang berkeyakinan tinggi, dia sebenarnya seorang yang penakut dan cuai, malah sering didatangi “klien” dari alam lain yang menuntut keadilan.
Sementara itu, Han Na-Hyun lakonan Esom ialah peguam elit dengan rekod kemenangan 100% yang hanya mementingkan kejayaan. Namun, kehidupannya berubah apabila dia tewas dalam perbicaraan kepada Shin I-Rang. Pada awalnya dia tidak mempercayai kebolehan lelaki itu, tetapi lama-kelamaan mula terbuka apabila menyaksikan sendiri kes-kes pelik yang berlaku. Akhirnya, mereka berganding bahu menyelesaikan pelbagai kes dengan kelebihan masing-masing.
Plot dia sangat fast-paced dan penuh dengan strategi luar jangkaan. Kalau sesiapa kat luar sana suka tengok watak anti-hero yang bijak tapi misteri, drama ni memang binge-worthy habis untuk hujung minggu ni. Siapkan kopi sebab sekali dah mula tengok, susah nak berhenti!
Jangan lupa sediakan makanan kegemaran korang sebelum mula, sebab sekali dah start tengok, memang takkan nak bangun!
Korang dah tengok yang mana? Atau ada cadangan lain? Share dengan kami dalam ruangan komen di bawah.