Iklan 728x90
Malaysia Kan Negara Pengeluar Minyak, Kenapa Harga Tetap Mahal & Naik Mendadak?

Malaysia Kan Negara Pengeluar Minyak, Kenapa Harga Tetap Mahal & Naik Mendadak?

2026, Apr 05    

Kenapa harga minyak di Malaysia tetap mahal dan naik mendadak?

Mungkin korang juga tertanya-tanya apa sebabnya, kan?

Petronas</figure>Kalau korang buka media sosial sekarang, topik paling panas sekarang adalah pasal harga minyak di Malaysia mahal dan semakin naik. Ramai yang mengeluh, “Eh, kita kan negara pengeluar minyak? Petronas pun untung berbilion, kenapa harga minyak kat stesen masih mahal? Kenapa sekejap-sekejap naik mendadak?”

Ahli Parlimen pembangkang pun cuba memanaskan isu ini di sosial media.

Harga Minyak Malaysia</figure>Persoalan ni memang nampak logik. Kalau kita tanam padi sendiri, takkanlah harga beras kita sama mahal macam beras import, kan?

Tapi dalam dunia petroleum, realitinya sedikit berbeza dan agak teknikal. Jom kita bedah kenapa situasi ini berlaku.

1. Minyak Yang Digali di Malaysia Adalah”High Class”, Minyak Kita Pakai “Biasa-Biasa”

Ini fakta yang ramai terlepas pandang.

Malaysia memang mengeluarkan minyak mentah sendiri, tapi minyak kita jenis Tapis Blend yang berkualiti sangat tinggi.

Apa itu Tapis Blend?

Menurut petro-online.com, Tapis adalah jenis minyak mentah yang hanya terdapat di Malaysia dan dianggap sebagai minyak mentah berkualiti terbaik di dunia. Ianya ringan dan menjadi benchmark yang didagangkan di Singapura.

Semua orang nak minyak Tapis Blend dari Malaysia sebab kandungan sulfurnya yang sangat rendah iaitu sekitar 0.03-0.04 peratus dan menurut laporan Exonmobil Crude Report ketumpatan minyak mentah ni sangat rendah iaitu API sekitar 45°.

</figure>Malah, ia merupakan satu-satunya minyak di dunia dengan API lebih daripada 40. Ia juga merupakan satu-satunya minyak mentah dengan kandungan sulfur kurang daripada .04%.

Ciri-ciri ini memberikan nilai yang besar kepada syarikat penapis minyak dari segi kecekapan tenaga dan keserasian dengan peralatan dan jentera.

Disebabkan kualiti yang premium, minyak mentah Malaysia dijual dengan harga lebih mahal di pasaran dunia.

Jadi, untuk memaksimumkan keuntungan negara, Malaysia eksport minyak “kayangan” ke luar negara dengan harga tinggi, dan import balik minyak mentah yang lebih murah dari negara lain (seperti dari Asia Barat) untuk diproses di kilang penapisan tempatan bagi kegunaan dalam negara.

Bila harga minyak dunia naik disebabkan konflik (seperti isu Selat Hormuz baru-baru ini), kos import minyak “murah” tadi pun turut melambung.

2. Malaysia Masih Bergantung Kepada Import

Walaupun kita pengeluar, pengeluaran domestik kita sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung permintaan rakyat Malaysia yang makin bertambah.

Analisis Data DOSM (Suku Kedua 2025 - ST2 2025):

Berdasarkan analisis data Jabatan Statistik Malaysia, Import barangan hasil dari minyak petroleum lagi banyak dari eksport.

Kalau tengok carta di bawah, bahagian Petroleum Mentah & Kondensat (Warna Biru Pekat). Carta 4 menunjukkan nilai eksport hasil Petroleum berjumlah RM6.3 Billion pada suku ke dua.

Carta 5 pula menunjukkan Nilai import RM12.9 Billion pada suku ke dua. 2 kali ganda dari barangan hasil dari minyak yang kita jual!

</figure>

Data Rujukan: STATISTIK PERLOMBONGAN PETROLEUM DAN GAS ASLI
SUKU KEDUA 2025
DOSM.

Menurut perkongsian dari Facebook Kementerian Kewangan, penggunaan minyak sehari di Malaysia adalah sekitar 700,000 tong! Banyak tu.

Kesimpulannya Malaysia sebenarnya mengimport barangan berasaskan minyak petroleum lebih banyak daripada apa yang Malaysia jual ke luar! Sebab itu bila harga minyak dunia naik, kos import melambung tinggi.

Akibatnya, kita terpaksa membeli minyak dari pasaran antarabangsa. Bila harga dunia mencecah lebih AS$100 setong, secara automatik harga kos kita pun naik.

Data ini selari dengan perkongsian dari Kementerian Kewangan yang mana menunjukkan Negara perlukan 700,000 tong minyak sehari, tapi pengeluaran hanya sekitar 350,000 tong sehari.

Pengunaan minyak malaysia sehari, harga minyak malaysia naik</figure>Kesimpulan dari data ini, walaupun Malaysia negara pengeluar minyak, Malaysia tetap kena beli minyak dari luar. Sebabnya? Hasil minyak Malaysia itu sendiri pun tak mampu tanggung kadar penggunaan minyak dalam negara.

3. Kenapa Malaysia Jual Minyak Mentah Tapi Beli Balik Untuk Kegunaan Tempatan?

Mesti ramai yang bertanya soalan ni.

Kenapa nak jual minyak ke luar negara kalau negara sendiri perlu pakai?

Sebabnya, hasil pendapatan negara banyak dari hasil Minyak. Dan seperti yang dah diberitahu sebelum ni, minyak dari Malaysia ni jenis Tapis Blend yang premium. Sebab tu, untuk maksimumkan pendapatan, minyak premium ni dijual ke luar dengan harga yang mahal.

Untuk pengetahuan, Petronas adalah satu entiti penyumbang terbesar kepada pendapatan Kerajaan Malaysia. Pada tahun 2025 sahaja, 16.9 peratus pendapatan negara adalah dari hasil petroleum.

Tahun 2025 sahaja, Petronas bayar RM32 Billion Ringgit dividend pada kerajaan Malaysia berbanding perbelanjaan sebanyak RM421 Billion. Itu belum masuk cukai petroleum, dan royalti.

Jadi, untuk Petronas memaksimumkan pendapatan, mereka kenalah jual minyak premium yang mahal ni. Dan beli minyak yang murah untuk dijual untuk kegunaan tempatan.

Kalau tidak, pendapatan Kerajaan Malaysia mungkin akan berkurang dan duit untuk bayar semua subsidi rakyat serta Gaji Mahal Ahli Parlimen. Atau pun, kadar cukai akan dinaik kan sebab nak tambah pendapatan negara.

4. Konflik Geopolitik & Nilai Ringgit

Dunia sekarang tengah tak menentu.

Konflik di Asia Barat yang berlarutan menyebabkan rantaian bekalan minyak dunia terganggu. Selain itu, kita kena ingat, harga minyak dunia didagangkan dalam Dolar AS (USD).

So, bila nilai Ringgit lemah berbanding Dolar, kos untuk membeli minyak mentah dari luar menjadi lebih mahal walaupun harga minyak dunia kekal statik. Sebab nilai Ringgit semakin lemah, kita perlukan lebih Ringgit untuk beli dalam mata wang Dolar.

5. Kos Logistik dan Penapisan

Minyak mentah tak boleh terus masuk dalam tangki kereta.

Ia perlu dihantar ke kilang penapisan. Kos operasi kilang, gaji pekerja, dan pengangkutan lori tangki ke stesen minyak semuanya menggunakan tenaga. Apabila kos tenaga global naik, kos proses ini pun ikut naik.

Kesimpulan

Malaysia memang pengeluar minyak, tapi Malaysia bukan “pulau” yang terselamat daripada ombak ekonomi dunia. Status sebagai pengeluar minyak sebenarnya banyak membantu kerajaan menampung subsidi supaya harga RON95 rakyat marhaen tidak melambung sampai RM4.00 seliter seperti di negara jiran. Tanpa hasil minyak Petronas, mungkin harga yang kita bayar hari ini jauh lebih memeritkan.

Jadi, lepas ni kalau ada kawan-kawan tanya kat kedai kopi, korang dah ada jawapan ‘padu’ nak bagi!