“Tiada Lagi Gambar Berdua…” Akhirnya Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Bercerai Pagi Tadi!
Dunia hiburan tanah air dikejutkan lagi harini!
Selepas angau Kisah #BellaSyedYes, Syed Saddiq dan Bella Astillah Bertunang, pasangan selebriti popular Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin pula bercerai!
Tiada angin tiada ribut, mahligai cinta yang dibina pasangan selebriti popular, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya menemui titik noktah hari ini. Selepas bersama selama 5 tahun, pasangan ini sah bercerai talak satu pagi tadi.
</figure>Pasangan ini dilaporkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada pagi Khamis 02.04.2026. Menurut laporan, Yusuf melafazkan talak tersebut di hadapan Hakim selepas prosiding perceraian berjalan secara baik.
“Kami Cuba Selamatkan, Tapi Inilah Pengakhirannya”
Yusuf Bahrin ketika ditemui media menyatakan bahawa mereka sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga tersebut, namun akur bahawa jodoh mereka hanya setakat ini sahaja.
Walau bagaimanapun, punca sebenar perceraian dirahsiakan dan mereka memilih untuk berpisah secara matang demi menjaga privasi kedua-dua belah pihak.
</figure>Peguam mewakili Zizi memberitahu lafaz cerai dibuat oleh Yusuf terhadap anak guamnya dengan talak satu secara raj’ie.
“Kes hari ini berjalan dengan baik dan itu sajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini,” kata peguam Zizi.
Zizi memilih untuk berdiam dan enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya.
“Alhamdulillah semuanya yang baik-baik, InsyaAllah. Terima kasih semua. Minta maaf kerana kena tunggu lama,” kata zizi lagi.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini sering mendapat pujian netizen kerana dilihat sangat serasi dan bahagia.
Kami di ubipanas.com mendoakan yang terbaik buat Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin dalam menempuhi fasa baru dalam hidup mereka.