Neelofa Sekeluarga Merancang Berhijrah ke Tanah Arab

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa atau lebih terkenal sebagai Neelofa mendedahkan dia dan keluarga merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab. Mendedahkan perkara itu, Neelofa memeritahu bahawa suaminya Haris Ismail, berhasrat untuk menyambung belajar di Tanah Arab. “Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar”. Neelofa, pada masa yang sama juga menyatakan bahawa ingin mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Bilal kepada suasana di Arab dan berhasrat untuk menguasai bahasa arab. Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab. “Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. “Kalau boleh, saya mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya. Sumber Malaysiagazette

1 minute read

Gunung Berapi Bulusan Meletus di Filipina

Sebuah gunung berapi di timur Filipina memuntahkan asap hitam pada hari Ahad, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penduduk dipindahkan dari bandar yang dilitupi asap, manakala pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan letusan akan berlaku lagi. Letupan dari gunung berapi Bulusan di wilayah luar bandar Sorsogon berlangsung kira-kira 17 minit, menyebabkan kepulan asap berwarna kelabu meletus setinggi sekurang-kurangnya satu kilometer, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. Sebagai tindak balas, pihak berkuasa menaikkan amaran kepada satu pada sistem 5 peringkat, menunjukkan “low-level unrest”. Institut itu berkata abu menjejaskan dua bandar di Sorsogon, kira-kira 500 kilometer ke selatan ibu kota Manila, tetapi tiada laporan segera mengenai kecederaan. Debu Kelihatan Melitupi Seluruh Kawasan. Gambar: Bangkok Post Di bandar Juban, dua kampung mengalami “keterlihatan sifar” akibat asap tebal dan sebuah trak bomba dikerahkan untuk membersihkan kawasan itu, kata kakitangan pejabat bencana Dennis Despabiladeras. “Pemindahan sedang berjalan di sana, tetapi keutamaan kami adalah warga emas dan mereka yang menghidap asma,” katanya. Pihak berkuasa lapangan terbang Manila berkata tiada penerbangan terjejas akibat letusan itu setakat ini, walaupun begitu juruterbang diberi amaran untuk tidak mendekati kawasan itu. Pihak berkuasa mengingatkan penduduk bahawa kemasukan ke dalam radius empat kilometer di sekitar gunung berapi adalah dilarang dan menasihatkan mereka yang tinggal di sebelahnya supaya berhati-hati “kerana peningkatan kemungkinan letusan secara tiba-tiba dan berbahaya”. Penduduk berhampiran lembah dan sungai turut diarah berwaspada terhadap aliran lumpur dan sungai sekiranya hujan lebat berlaku. Gunung berapi Bulusan menjadi aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan beberapa letusan serupa direkodkan pada 2016 dan 2017. Filipina terletak di “Ring of Fire” Pasifik yang aktif secara seismik dan mempunyai lebih 20 gunung berapi aktif. Sumber Berita Bangkok Post

2 minute read

Polis Tahan 11 Lagi Saksi Majlis Aidifiltri Dengan Tarian Separuh Bogel Di I-City

Berikutan isu majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel, pihak polis menahan 11 lagi saksi untuk membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, 6 daripada mereka telah direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan. 5 lagi yang ditahan adalah pengunjung majlis berkenaan. Menurutnya lagi, pihak polis telah menahan pihak yang menganjurkan majlis berkenaan. Penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel tersebut juga telah dikenal pasti. Pihak polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Sumber Berita: The Sun Daily

1 minute read

Pekerja Seks Dibunuh, Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing Sebelum Dibuang

Seorang pekerja seks di Thailand dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan sebelum disumbat di dalam bagasi bersama bangkai anjing, dan dibuang di dalam sungai Mae Klong pada tahun 2014 lalu. Gambar: DailyStar Pelakunya Shane Looker, seorang lelaki Britain berjaya ditahan pada tahun 2017 selepas 4 tahun cuba lari pihak berkuasa, dia berjaya ditahan pada tahun 2017 dan baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Menurut laporan Daily Star, Mangsa telah dibunuh sebelum badannya dikerat kepada beberapa bahagian. Lebih kejam lagi, badan yang telah dikerat disumbat di dalam sebuah bagasi bersama bangai seekor anjing. Beg pakaian itu kemudian diikat dengan batu dan dibuang ke dalam Sungai Mae Klong, Thailand. Shane Looker. Gambar: DailyStar Mayat Laxami ditemui di Sungai Mae Klong di bandar Kanchanaburi pada 6 November 2015, selepas seminggu dia dilaporkan hilang di kawasan sungai di Kanchanaburi. Mayatnya ditemui dikerat-kerat di dalam sebuah beg pakaian yang sarat dengan batu. Siasatan oleh polis Thailand mendedahkan bahawa dia telah bertemu dengan Looker di sebuah bar di Bangkok beberapa hari sebelumnya dan menemaninya ke hotel berdekatan. Rakaman kamera keselamatan merakam pasangan itu memasuki hotel, tetapi hanya Looker kelihatan meninggalkannya dengan membawa beg besar yang berat.Kakitangan hotel kemudiannya menemui cadar katil mereka yang berlumuran darah dan kesan DNA Looker ditemui pada kuku Laxami, menurut polis. Pada masa yang sama, Looker menyeberangi sempadan Malaysia sebelum berlepas ke Sepanyol. Gambar CCTV Looker dan Laxami. Gambar: DailyStar Dia kemudiannya ditahan di Pulau Ibiza, Sepanyol pada tahun 2017. Pasukan peguamnya berusaha memperjuangkan hak ekstradisi, tetapi Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg memutuskan bahawa Locker harus menghadapi keadilan di Thailand. Dia kembali ke Thailand pada Julai 2021, di mana dia jatuhkan hukuman 8 tahun penjara. Pada asalnya, dia dijatuhkan tempoh 16 tahun, tetapi disebabkan pengakuannya, ia dikurangkan separuh dan dia diarah membayar pampasan kira-kira £2.8 juta (bersamaan RM14.5 juta) kepada keluarga wanita itu.

2 minute read

Nelayan Hampir Mati Tercekik Apabila Tangkapannya Melompat dan Masuk Ke Kerongkongnya

Ikan hidup tersangkut dalam kerongkong seorang manusia? Mana Mungkin terjadi! Pelik tapi benar. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki di wilayah Phatthalung, Thailand. Seekor ikan berduri tiba-tiba melompat dari dalam air dan terus masuk ke dalam mulut dan seterusnya kerongkong lelaki berkenaan. Ikan yang tersangkut dalam kerongkong. Gambar: Metro.co.uk Keadaan menjadi lebih serius selepas ikan air tawar bersaiz 12.7 sentimeter tersangkut pada kerongkongnya. Itu menyebabkan dia sukar bernafas. Pemeriksaan X-Ray yang dilakukan menunjukkan ikan air tawar berduri, dikenali sebagai ikan Anabas tersangkut di antara tekak dan rongga hidung lelaki itu. Pasukan perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan lelaki berkenaan Gambar: Metro.co.uk Lelaki tersebut berjaya diselamatkan selepas pembedahan yang dijalankan berjaya mengeluarkan ikan duri tersebut. Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat menyifatkan bahawa kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan jarang terjadi. Mereka juga memaklumkan bahawa ikan tersebut dikeluarkan melalui mulutnya kerana ikan tersebut cuba keluar melalui hidung lelaki berkenaan. Sebelum itu, pesakit yang tidak dikenali itu memancing menggunakan tempuling di bawah permukaan air apabila kejadian itu berlaku. Menurutnya, ikan itu melompat ke dalam mulutnya apabila dia membuka mulut untuk mengambil nafas. Pada masa yang sama, ikan itu meluncur keluar dari permukaan air dan terus masuk ke kerongkongnya. Dia dikejarkan ke hospital selepas orang ramai melihatnya kelihatan tercungap-cungap sambil menahan tekak Nelayan itu sedang dirawat dan kini berada dalam keadaan stabil dan pulih di hospital akibat kecederaan pembedahannya.

1 minute read

Pelakon Terkenal Korea Selatan, Jang Nara Umumkan Akan Berkahwin

Akhirnya! Jang Na-ra mengumumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Pengumuman tersebut dibuat dalam laman web rasminya narajjang.com. Penyanyi dan pelakon yang pernah terkenal dengan lagu Sweet Dream memaklumkan bahawa teman lelakinya yang berusia 6 tahun lebih muda bukan dari kalangan selebriti. Jang Nara trending di Twitter selepas pengumumannya itu. Jang Nara yang kini berumur 41 tahun mengakui sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan dari kalangan selebriti. Gambar: Instagram Jang Nara Berikut adalah apa yang ditulis oleh Jang nara dalam pengumumannya; Selepas dua tahun bercinta dengan rakan enam tahun lebih muda dari saya dan bekerja dalam produksi video, kami telah berjanji untuk menjadi teman seumur hidup! Saya jatuh cinta dengan senyumannya, hatinya yang baik, dan keikhlasan dan tingkah lakunya dalam kerja. Hakikat bahawa saya akan menghabiskan hidup saya bersama-sama dengan orang sebegini membuatkan saya sangat gembira s saya ingin jujur berkongsi kegembiraan saya dengan anda semua, yang sangat berharga bagi saya! Gambar: Instagram Jang Nara Tambahnya lagi; Saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang tunang saya, kerana bimbang dia—yang bukan selebriti—mungkin menghadapi ketidakselesaan di tempat kerja kerana saya. Apa pun kami di ubipanas.com berharap semua berjalan dengan lancar untuk Jang Nara!

1 minute read

Netizen Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta

Tular baru-baru ini tular di Twitter mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara yang mencecah RM519,000,000.00. “Banyak betul kosong tu” Ujar netizan. Ada pula yang berkata untung kepada sesiapa yang menang kontrak tersebut yang berharga lebih setengah billion ringgit. Siapa dapat kontrak ini eh? Lebih setengah billion. Pengurusan fasiliti secara komprehensif lol. Sedarkkkkk ah pic.twitter.com/U5pGAHUSsa — TuanPremierMasbro BONGKERSZ Komplot Terjatuh Bae (@bongkersz) May 30, 2022 Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui akaun Twitter tampil menjelaskan secara lanjut mengenai isu tersebut sebagai respon pihak mereka terhadap satu artikel “M’sians Outraged to Find That Ministry of Works is Paying RM519 MILLION to Maintain Istana Negara” yang dikeluarkan sebuah portal berita Worldofbuzz di mana kos penyelenggaraan bernilai ratursan juga ringgit itu adalah jumlah keseluruhan bagi tempoh tujuh tahun yang akan berakhir pada bulan ini. MAKLUM BALAS MEDIA JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TERHADAP ARTIKEL YANG DTERBITKAN OLEH https://t.co/4jZUd2O0DF BERTAJUK “M’SIANS OUTRAGED TO FIND THAT MINISTRY OF WORKS IS PAYING RM519 MILLION TO MAINTAIN ISTANA NEGARA”. pic.twitter.com/dbxG9wHiHV — JKR Malaysia (@JKRMalaysia) June 1, 2022 Menurut kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, kontrak tersebut adalah jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan selama 7 tahun yang akan tamat pada 30 Jun 2022. Kos tersebut adalah merangkumi kos penyelenggaraan fasiliti dengan keluasan tanah seluas 241.3 ekar. JKR memberitahu kerja-kerja tersebut perlu dilakukan kerana Istana Negara merupakan simbol kepada kedaulatan dan identiti negara. Namun begitu, masih ramai yang mempersoalkan kewajaran untuk menghabiskan kos sebanyak itu untuk menyelenggara Istana Negara. Ada juga netizan yang membandingkan kos penyenggaraan fasiliti lain, seperti hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya. Ada juga yang membandingkan kos penyelenggaraan White House di Amerika yang hanya menelan belanja sebanyak RM3.3 Million setahun. The annual cost to maintain White House ( where the President of the most powerful nation on Earth resides) is $750k (around RM3.3mil ). Meanwhile, the annual cost to maintain the palace of a tiny nation somewhere is RM173 mil. (3 years = RM519 million) https://t.co/e7Ia4dHaLa — FreeMalaysian (@FreeMsian) June 1, 2022 Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Namun yang menjadi persoalan, dari manakah duit sebanyak itu datang untuk membiayaai kos penyelenggaraan tersebut?

2 minute read

Pelajar Pengsan Di Sekolah, Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lepaskan Nafsu Bapa Kandung Sejak Umur 11 Tahun

Insiden seorang pelajar tingkatan 2 pengsan di sekolah membongkarkan perbuatan tidak berperikemanusiaan si bapa ke atas anak kandungnya sendiri. Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan di Kota Bharu difahamkan telah menjadi mangsa rogol oleh bapa kandungnya sejak empat tahun lalu iaitu semenjak pelajar tersebut berumur 11 tahun. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menerima laporan pada 11.55 pagi daripada guru serta pelajar terbabit. Seorang pelajar tingkatan dua di Kota Bharu jadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya usia 39 apabila dirogol sejak usia 11 tahun. Perbuatan terbongkar apabila mangsa pengsan di sekolah. Siasatan dapati kali terakhir mangsa dirogol 2 pagi semalam : Polis Kelantan — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 1, 2022 “Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.” Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek atas laporan tersebut. Suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah berada dalam tahanan reman selama 7 hati untuk siasatan lanjut. Suspek yang tinggal bersama mangsa dan ibu tiri serta empat lagi saudara tiri lain mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun. Lagi Berita Panas; Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan Tular Guru Pukul Murid Di Pulau Pinang Sampai Cedera — Salah Guru Ataupun Salah Sistem?

1 minute read

Johnny Depp Menang Saman Ke Atas Bekas Isteri, Amber Heard

Pelakon terkenal Johnny Depp akhirnya menang saman terhadap bekas isterinya Amber Heard. Dia telah dianugerahkan $15 juta oleh mahkamah - terdiri daripada ganti rugi pampasan $10 juta dan ganti rugi punitif $5 juta lagi - tetapi hakim mengehadkan jumlah maksimum ganti rugi mengikut had undang-undang, berjumlah $10.35 juta sahaja. Depp telah menyaman Heard sebanyak $50 juta (£38.2 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada Disember 2018, di mana dia dirujuk sebagai “Public figure yang mewakili penderaan domestik”. Amber Heard pula telah dianugerahkan $2 juta dalam saman balasnya terhadap Johnny Depp. “Sejak awal lagi, matlamat untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk mendedahkan kebenaran, tanpa mengira keputusannya,” kata Johnny Depp. “Saya berasa tenang kerana mengetahui akhirnya saya telah mencapai matlamat saya.” Katanya lagi. Amber Heard pula kelihatan kecewa di mahkamah ketika keputusan dibacakan. “Saya sedih saya kalah dalam kes ini. Tetapi saya lebih sedih lagi kerana saya nampaknya kehilangan hak yang saya fikir saya ada sebagai orang Amerika - untuk bercakap secara bebas dan terbuka.” Depp tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan juri. Ruangan yang diterbitkan oleh Heard tidak menyebut nama Depp di dalam artikelnya yg diterbitkan pada tahun 2018, tetapi dia berhujah ia adalah contoh “fitnah secara tersirat” kerana sebahagian ruangan itu merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuatnya terhadapnya berikutan perpisahan mereka pada 2016. Heard membuat tuntutan balas sebanyak $100m (£76.4m) berhubung kenyataan yang menggelar dakwaannya sebagai penipu yang dibuat oleh peguam bekas suaminya yang diterbitkan dalam cerita Mail Online pada 2020. Peguam litigation AS Ryan Baker memberitahu Sky News bahawa dia tidak terkejut bahawa Depp menang secara keseluruhan kerana peguamnya melakukan “tugas besar” untuk menjejaskan kredibiliti Heard “berkali-kali”. Kenyataan ringkas peguam Johnny Depp berkata dakwaan Heard jelas “fitnah dan tidak disokong oleh sebarang bukti” dan bahawa mereka “sangat berterima kasih kepada juri atas pertimbangan teliti mereka”. Mereka menambah mereka “benar-benar berbesar hati” untuk bekerjasama dengan Depp dalam kes itu dan bahawa “kini masanya untuk membuka halaman dan melihat ke masa depan”.

2 minute read

Kerana Tempah Penari Separuh Bogel Di I-City ‘Cik Lala” Ditahan Polis

Kalau nak anjurkan sebarang majlis, hendaklah “kena pada tempatnya”. Jangan main sembarangan menganjurkan Majlis dan tidak menghiraukan sensiviti penduduk setempat. Seperti apa yang berlaku di Shah Alam pada minggu lalu, seorang instafamous “Cik Lala” Ditahan polis berikutan tindakannya menempah beberapa orang penari pondan bagi aktiviti rumah terbuka, sempena sambutan Aidilfitri di Centralwalk I-City. Kumpulan penari pondan itu juga membuat tarian separuh bogel berserta muzik yang kuat selain pembakaran bunga api di kawasan awam. Cik Lala, yang berusia 27 tahun ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartment berhampiran. Mereka membuat laporan polis berhubung insiden tarian separuh bogel penari pondan dan pembakaran bunga api di tempat berkenaan. Gambar: Kosmo Online Laporan dibuat berikutan penduduk berasa terganggu dengan pembakaran bunga api dan juga aktiviti tarian separuh bogel penari-penari pondan berkenaan di kawasan perumahan tersebut. Kejadian tarian bogel dan pembakaran bunga api itu turut tular di aplikasi TikTok. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian berkenaan. Dia memaklumkan kejadian berkenaan berlaku antara jam 8 malam hingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City pada 27 Mei lalu. Menurut info, Cik Lala telah menyewa dewan berkenaan pada harga RM4,000 bagi penganjuran majlis berkenaan. Dia juga menjemput kira-kira 50 orang kenalannya. ACP Mohd Iqbal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Suspek telah direman selama 1 hari bagi membantu siasatan. Bagi kami di ubipanas, kalau nak anjurkan pesta liar ke, anjurkan majlis tarian tak pakai baju ke, agak-agaklah. Buat la di tempat private, jangan la buat di tempat awam. Kan dah mendapat!

2 minute read

Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah bersama isterinya Tasha Awie mendedahkan jantina bayi pertama mereka pada malam Jumaat lepas. Menerusi perkongsian video dan foto di Instagram Ayie, pasangan itu mendedahkan bakal menyambut kelahiran bayi perempuan. Gambar: Ayie Elham Instagram Penyanyi berusia 24 tahun itu bersama isterinya mendedahkan jantina bayi pertama mereka dengan meletup belon hitam dan disertakan dengan serbuk berwarna merah jambu. Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut. Ayie turut memuat naik video sambutan majlis tersebut melalui saluran Ayie dan isteri mendedahkan bahawa mereka juga sudah membuka akaun rasmi untuk bakal puteri sulung mereka menggunakan nama Aetajunior. Pemeriksaan pasukan ubipanas mendapati semasa berita ini ditulis, akaun tersebut masih lagi dalam mode private. Menerusi laporan mStar, Ayie memberitahu bahawa isterinya sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi mereka pada bulan mac namun masih samar-samar. Ayie yang mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama penuh, Nur Natasha Awi pada Oktober tahun lalu dijangka akan menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan ogos atau september tahun ini.

1 minute read

Pakaian Hampir Memalukan Venus Williams Di Itali

Venus Williams hampir dimalukan oleh pakaiannya sendiri di Itali semasa perlawanannya dengan pemain tenis Itali, Flavia Pennetta apabila tali sebelah kiri baju yang dipakainya putus. Kejadian itu hampir mendedahkan payudara Venus, namun dia sempat “menyelamatkan keadaan”. Venus hanya ketawa sambil menutupnya dengan tangan. Pengadil perlawanan juga kelihatan tersenyum dengan kejadian itu. Nasib baik ada baju spare. Venus sempat keluar gelanggang dan menukar bajunya. So next time, kalau nak pakai baju, pilih yang elok sikit dan tak akan memberi masalah. Kalau terlondeh di khalayak ramai dan spare pun takde? Macamana tu.

1 minute read