Bekas Ratu Cantik Michelle Reis Masih Menawan Dengan Bikini

Bekas Ratu cantik Hong Kong, Michelle Reis yang kini berusia 52 tahun menunjukkan yang dia masih lagi cantik memukau memakai bikini seperti ketika dia memenangi Miss Hong Kong pada tahun 1988. Dalam satu paparan Instagram Michelle Reis minggu lalu, dia memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan susuk tubuhnya yang seksi memakai bikini. View this post on Instagram

A post shared by 李嘉欣 ℳ𝒾𝒸𝒽ℯ𝓁ℯ ℛℯ𝒾𝓈 (@michele_monique_reis) Michelle yang memenangi ratu cantik Hong Kong pada tahun 1988 melonjakkan namanya, sekaligus membawanya ke dalam dunia industri hiburan. Dalam kapsyennya, dia menulis: “Ini hanya kerja saya, malam musim panas yang panjang.” Netizen ternyata masih kagum dengan penampilannya yang langsing seperti ketika dia bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Hong Kong 1988, yang melonjakkan namanya. Bahagian komennya pula dipenuhi dengan pujian dari para peminatnya atas gambar tersebut. Dia kelihatan dalam keadaan yang baik baik dan sihat, memandangkan dia mengalami masalah kesihatan yang serius pada bulan Januari lalu. Michelle telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam unit rawatan rapi selama 48 jam menurut satu muat naiknya di Instagram. Walau bagaimana pun, dia tidak mendedahkan tentang penyakit dihidapinya. Michelle dalam satu kenyataannya hanya menyebut bahawa tekanan darahnya telah jatuh sekaligus menjejaskan hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan organ lain. Bintang Hong Kong itu berhenti dari dunia hiburan selepas berkahwin dengan Billionaire Julian Hui pada tahun 2008. Gambar: Michelle Reis/Instagram

2 minute read

Anak Gadis Norman Hakim, Marissa Dania Semakin Cantik!

Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kini berusia 16 Tahun. Apa yang ubipanas perhatikan, tidak dinafikan semakin Marissa meningkat dewasa, semakin cantik! Dengan penampilan yang sopan santun dan menutup aurat, Marissa Dania semakin mendapat tumpuan. Memandangkan dia juga adalah anak kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan juga Norman Hakim, tidak hairanlah dia sentiasa mendapat tumpuan ramai. Akaun Instagram Marissa Dania sahaja kini sudah mempunyai pengikut seramai 460 ribu. Tak lama lagi akan sampai 1 juta pengikut la tu! Dengan usia yang semakin meningkat, begitu juga dengan penampilan beliau. Penampilannya juga semakin berubah seiring dengan usianya. Dia sentiasa nampak cantik dan anggun seiras ibunya Abby Abadi. Marrisa Dania adalah anak ke dua hasil daripada perkahwinan pertama Norman Hakim dengan Abby Abadi. Adik beradiknya adalah Danish Hakim dan Maria Danisha. Namun di media sosial, ada sahaja yang bermulut jahat dan menggungkap komen negatif terhadap. Namun sudah menjadi lumrah, kalau dah popular, ada sahaja mulut jahat yang memberi komen yang tidak baik. Sebenarnya, kelahiran Marrisa pada tahun 2005 menjadi bualan ramai kerana dia dilahirkan dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Namun pada masa itu, Norman Hakim dengan tenang menyambut kelahiran anak keduanya itu. ita semua berharap semoga Marisa Dania semakin berjaya dan bertambah jelita! Mungkinkah dengan popularitinya yang semakin meningkat, dia akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk bergiat dalam industri hiburan Malaysia? Sumber gambar: Instagram Marissa Dania

2 minute read

Akibat Rantai Logam Tersangkut, Zakar Terpaksa Dibelah Dua

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di Taiwan. Disebabkan rantai manik logam yang tersangkut di dalam zakar, seorang lelaki di Taiwan terpaksa membenarkan doktor untuk membelah zakarnya bagi mengeluarkan rantai tersebut. Rantai yang diperbuat daripada logam tersangkut di dalam zakar lelaki berkenaan yang dipercayai cuba melakukan aktiviti seksual sendirian. Lelaki berkenaan dilaporkan pergi ke hospital dan mengadu sakit di bahagian zakarnya. Selepas diperiksa, doktor di Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei mendapati rantai logam telah tersangkut di dalam zakar lelaki terbabit, yang menyebabkan kesakitan kepada lelaki terbabit. Lelaki berkenaan dipercayai cuba melakukan hiburan melalui aktiviti seksual dengan memasukkan rantai ke dalam zakarnya. Namun selepas bertindak demikian, dia tertidur dan kemudian bangun dalam kesakitan. Kerana takut akan mencederakan dirinya sendiri, lelaki itu tidak berani untuk mengeluarkan rantai berkenaan dan memutuskan untuk ke hospital. Pemeriksaan mendapati manik rantai berkenaan telah tertanam di dalam zakarnya. Pakar urologi, Gao Weichang berkata, lelaki tersebut mengalami ketidakselesaan dan rasa sakit yang teruk. Ianya disebabkan manik-manik rantai tersebut menjejaskan saraf-saraf yang sensitif di dalam zakarnya. Selepas pemeriksaan, pakar bedah terpaksa membelah zakar lelaki berkenaan untuk mengeluarkan rantai tersebut. Selepas dibedah, doktor membina semula uretranya dalam prosedur yang rumit. Namun Prosedur tersebut berjaya menyelamatkan lelaki berkenaan. Sumber Kosmo

1 minute read

Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoran My Viets Seksyen 14 Shah Alam

Harini ini jalan-jalan cari makan di Restoran Restoran My Viets, Seksyen 14 Shah Alam. Restoran My Viets ni adalah salah satu tempat makan yang sedap di Shah Alam korang kena cuba. Restoran ni adalah Restoran Makanan Vietnam. Waktu beroperasi adalah dari 11.30 AM – 10.00 PM setiap hari. Tapi korang kena order sebelum pukul 9.30PM sebab last call adalah pada pukul 9.30PM. Kitorang datang dalam lebih kurang pukul 9.00PM, masa ni memang tempat tu dah tak berapa sibuk. Dah tak ramai pelanggan. Keadaan dalam kedai My Viets Shah Alam ni agak kecil sedikit, namun tak la sempit sangat. Nampak agak selesa dan kedudukan juga teratur. Servis juga agak pantas, sekejap je order, makanan dah sampai. So kalau tengah kelaparan, tak perlu la tunggu lama sangat untuk makanan sampai. Namun mungkin juga disebabkan masa ni bukan masa puncak, so semuanya agak pantas. Beberapa menu yang ada untuk Rstoran My Viets ni. Menu semua nampak sedap. Agak rambang mata juga pada mulanya untuk pilih nak makan apa. Biasalah kan, bila tengok menu terus dah tak tahu nak makan apa. Kalau la perut ni besar lagi, boleh muatkan 2-3 menu kan bagus juga! Dan menu di bawah ini adalah menu yang kitorang pilih. Nama menu ni adalah Pho, Beef Noodle soup. Dia adalah mee sup dan ditambah dengan hirisan daging. Sebenarnya, boleh pilih sehingga 4 jenis “topping” daging tu, dan harganya pun berbeza. Rasa memang uumph! Memang sedap! Kitorang juga order salmon fish case. First time dengar Salmon fish cake. Selama ini dengar fish cake je. Kalini dijamu pula dengan Salmon fish cake. Tapi rasa Salmon fish cake ini sedap, boleh tahan. Rasa bukan seperti rasa fish cake yang selalu korang beli dekat giant tu. Rasa lebih sedap dan ada rasa ikan. Ini lah menu Pho Beef noddle soup. Harga kesemua ini rasanya dalam lebih kurang RM70+. Harga Boleh tahan dan makanan pun sedap. Beginilah rupa Salmon fish cake. Rasa memang ada ketulan daging ikan. Rasa pun sedap. Makanan di Restoran My Viets ni memang tak mengecewakan. Lain kali boleh datang lagi dan cuba menu yang lain pula. kalau korang nak cuba, boleh lah datang mengunjungi tempat ini. My Viets Shah Alam B-LG-3 Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Telephone: +603 5523 8444 Business Hour: 11.30 AM – 10.00 PM (Daily) Oh mereka juga ada website di sini. Menurut website ini, mereka ada lagi beberapa cawangan di Bandar Baru Bangi, Kelana Jaya dan Putrajaya.

2 minute read

Keputusan Bolasepak Malaysia Vs Bahrain Kelayakan Piala AFC 2022

Keputusan Perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia Menentang Bahrain untuk Pusingan Kelayakan Piala Asia (AFC) 2023. Perlawanan ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11.06.2022. Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Bahrain: Malaysia yang berada di tangga ke 154 FIFA Tumpas di tangan Bahrain yang berada di tangga ke 89 FIFA dengan jaringan 1 berbalas 2. ## 1 # - ## 2 ### MALAYSIA Mohamadou Sumareh 55’       ### BAHRAIN Ali Haram 57’ Abdulla Yusuf Helal 81’(P) Malaysia akan menentang Bangladesh untuk perlawanan seterusnya yang akan berlangsung pada 14 Jun 2022, pada pukul 9.00 malam. Pusingan akhir Piala Asia 2023 akan berlangsung di China dengan 13 pasukan yang telah layak lebih awal. 13 pasukan yang telah layak lebih awal. China Australia Iran Jepun Korea Selatan Lebanon Oman Qatar Saudi Arabia Syria UAE Vietnam

1 minute read

Amber Heard Guna Hak Wanita Sebagai Alasan, Sindir Johnny Depp Buka Akaun TikTok

Selepas tular Johnny Depp membuka akaun Tiktok yang kini mempunya lebih 8 Juta pengikut, Amber Heard pula menyindir Johnny Depp dalam kenyataannya kepada Entertainment Tonight (ET). Gambar: Page Six Terdahulu, dalam video sulungnya di laman media social Tiktok, Johnny Depp menyatakan kepada penyokong setianya untuk bergerak kehadapan dan maju bersama-sama. Menyindir bekas suaminya itu, Amber Heard dalam kenyataannya kepada ET menggunakan hak wanita sebagai alasannya. “Memandangkan Johnny Depp berkata dia akan ‘bergerak ke hadapan,’ hak wanita pula bergerak ke belakang.” “Mesej keputusan mahkamah tersebut, kepada mangsa keganasan rumah tangga ialah…takut untuk berdiri dan bersuara.” “Kekecewaan yang saya rasa hari ini tidak terkata. Saya sedih kerana banyak bukti masih tidak mencukupi untuk menentang kuasa, dan pengaruh bekas suami saya yang tidak adil,” “Saya lebih kecewa dengan keputusan ini untuk wanita lain,” Terdahulu, Amber Heard kalah dalam Saman Bekas Suami Terhadapnya. Sangat menghairankan kerana Amber Heard asyik menggunakan hak wanita sebagai alasannya untuk menentang bekas suaminya. Persoalannya, dimanakah hak lelaki dalam keganasan rumah tangga terhadap lelaki pula? Sumber: ET

1 minute read

Johnny Depp Buka Akaun Tiktok Selepas Menang Saman Ke Atas Bekas Isteri

Selepas menang saman terhadap bekas isteri Amber Heard, pelakon yang terkenal dalam filem Pirates of The Caribbean akhirnya membuka akaun tiktok. Hanya selepas sehari, Johnny Depp kini mempunyai 8 Juta pengikut di laman social Tiktok. Selepas sehari Johnny Depp membuka akaun Tiktok, dia memuat naik video pertamanya yang kini telah ditonton lebih dari 16juta. @johnnydeppTo all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD♬ Stranger - Love Joys
Dalam video sulungnya, Depp dilihat melambai kepada peminat dari dalam kenderaannya. Terdapat juga adegan dia bermain gitar di atas pentas dan bersiap untuk persembahannya di belakang pentas. Kapsyen dalam video sulungnya didekasikan kepada penyokong setianya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka. Sumber: ET

1 minute read

Sophia Albarakbah Pakai Seksi Bukan Sebab Jahat, Cuma Nak Jadi Diri Sendiri

Sophia Albarakbah pelakon dan model wanita Malaysia yang berumur 29 tahun menafikan kemunculannya dalam industri hiburan tanah air adalah disebabkan imej dan penampilan seksi beliau. Sebelum itu baca dulu: 10 Gambar Terkini Sophia Albarakbah Yang Elegan dan Menawan Sophia Albarakbah Berani Jadi Transgender — Melangkah Keluar Zon Selesa Dalam Filem Amira Amir 2026 Sophia Albarakbah Buka Gerai Jual Air Kelapa di Bazaar Ramadan Stadium Merdeka Bella Astillah & Syed Saddiq Kahwin 28 Mac 2026? Betul Ke? Gambar: Sophia Instagram Pelakon yang terkenal dalam lakonannya melalui Miimaland, Pasal Kau!, Tercipta Satu Ikatan (2020) dan Hadiah Dari Tuhan (2020) menyatakan bahawa dia memang sudah mempunyai penampilan sedemikian walaupun sebelum menceburi bidang hiburan lagi. Gambar: mStar Memetik kata-kata Sophia Albarakbah dalam kenyataannya kepada mStar; “Seksi ke? saya tak tahu kalau pasal imej tersebut. Sebab saya sebelum masuk industri memang dah imej macam tu. Saya tak rasa seseorang pelakon itu dapat watak heroin disebabkan berimej seksi” “Bagi saya tak payah lah nak komen penampilan orang kalau tak kenal personaliti orang tu. Tak semestinya orang imej seksi tu jahat,” Dari apa yang kami perhatikan, Sophia Albarakbah tidaklah berpakaian menjolok mata sehingga gambar jadi tatapan umum. Namun cara pemakaian beliau kadang-kadang agak menarik perhatian. Namun itulah lumrahnya kalau sudah terbabit dalam dunia hiburan. Berbagai gosip dan komen negatif daripada peminat. Sumber: mStar

2 minute read

Kerana Aksi Sergah Lori, Lelaki Maut Digilis Lori

Kerana terikut dengan trend sergah lori, seorang lelaki di jakarta Maut. Lelaki itu cuba menyergah lori, namun dia yang disergah dan digilis lori sehingga mati. Trend terbaru tersebut diibaratkan menempah maut apabila sebilangan remaja dengan berani melompat di hadapan lori yang sedang begerak ibarat menyergah lori tersebut, kemudian lari. Menurut Coconuts Jakarta, beberapa rakaman video menjadi tular memaparkan remaja melakukan trend berbahaya itu. Namun, ada yang tidak bernasib baik dan dilanggar lori yang ‘disergah’. Baru-baru ini, trend tersebut telah menyebabkan 1 kematian. Aksi nekat remaja menghentikan truk di Jl. Otista, Karawaci, Kota Tangerang telah memakan korban, Jumat (3/6/2022) siang. “Baru kemarin dirazia, udah buat onar lagi. Mereka kumpul 10 orang lebih. 1 meninggal tertabrak kontainer,” ujar warga yang mengirim info melalui Whatsapp. pic.twitter.com/tipWrl30sf — About Tangerang (@AboutTNG) June 3, 2022 Menurut pihak polis, penduduk setempat telah cuba menasihati remaja untuk tidak membahayakan nyawa dengan aksi sedemikian, namun nasihat mereka tidak dihiraukan. Sumber: Coconuts Jakarta

1 minute read

Pengemis Terkaya Di Indonesia Punya Simpanan Ratusan Juta Rupiah

Pengemis biasanya dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan wang, namun lain pula kisahnya untuk seorang pengemis di Indonesia. Lutfi Haryono. Gambar: Tribunews Pengemis berkenaan bernama Lutfi Haryono berusia 47 tahun yang menetap di bandar Gorontolo. Menurut laporan Tribunnews, pengemis dari bandar Gorontalo itu memiliki simpanan 490 Juta Rupiah (Bersamaan dengan RM149,000). Kisah tersebut menjadi tular dan menjadi bualan netizen selepas gambar bank akaunnya tersebar di laman sosial. Berikutan itu, dia dipanggil polis untuk memberi keterangan. Gambar Buku Akaun Lutfi Haryono. Gambar: Tribunews Daripada keterangan Lutfi, dia mengaku dua buku akaun tersebut adalah miliknya. Dia mengaku sudah mengemis lebih 13 tahun selepas dia berpisah dengan isterinya. Menurutnya lagi, wang itu bukan sepenuhnya hasil daripada mengemis kerana pernah bekerja di sebuah kedai makan. Lutfi juga memberitahu dia berhasrat untuk berhenti mengemis dan memulakan perniagaan dengan membuka warung serta benjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu. Sumber: Trinbunews

1 minute read

Lelaki Menceraikan Isteri Kerana Menghidangkan Mee Maggi Tiga Kali Sehari

“Sehingga maut memisahkan kita”. Begitulah ungkapan yang selalu dilafazkan untuk menyatakan kesetiaan terhadap pasangan masing-masing. Namun, lain pula yang terjadi di India. Seorang lelaki di bandar Ballari, India meminta cerai kerana isterinya hanya menyediakan Mee Maggi untuk makanannya setiap hari. ML Raghunath - hakim yang mengetuai kes itu - berkata si suami mengadu bahawa isterinya tidak tahu cara menyediakan makanan selain mee segera. Si isteri menghidangkan Mee Maggi kepadanya untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Selain itu, setiap kali dia keluar untuk untuk membeli barangan runcit, satu-satunya makanan yang dia akan beli ialah lebih banyak Mee Maggi. Insiden itu digelar “kes Maggi”, dan menyaksikan pasangan itu akhirnya bersetuju untuk bercerai. Sumber: The New Indian Express

1 minute read

Lelaki Arab Saudi Lamar Amber Heard, Janji Berikan Kebahagiaan

Amber Heard yang baru-baru ini kalah saman malu oleh bekas suaminya Johnny Depp mendapat lamaran dari seorang lelaki arab saudi. Dia yang kini berhutang sebanyak $15 Juta selepas kalah saman Malu dari bekas suaminya Johnny Depp dilaporkan telah menjadi “miskin” disebabkan oleh bayaran legas fees daripada kes mahkamah tersebut. Bagaimanapun, seorang lelaki Arab telah menawarkan untuk menyelesaikan masalahnya, menghantar nota suara kepada amber. “Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak. Saya sedar sesetengah orang membenci dan membuli awak, oleh itu, saya mengambil keputusan dengan awak. Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam nota suara tersebut. Sebelum ini, Amber Heard kalah saman fitnah dengan bekas suaminya itu selepas juri menyebelahi suaminya. Dia dikatankan memfitnah suaminya dalam artikel Washington Post menyebabkan Johnny Depp kehilangan banyak peranan utama dalam kerjaya lakonannya. Sumber: Geo News

1 minute read