Berita Terhangat: #BellaSyedYes, Cinta Syed Saddiq dan Bella Berputik di Puncak Kinabalu!
Lupakan drama pukul 7, hari ini seluruh Malaysia akhirnya disajikan dengan berita yang ditunggu-tunggu. Setelah berbulan-bulan peminat bermain teka-teki dengan teori BASS, akhirnya segalanya persoalan terjawab.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, kini sah bertunang!
Teka teki Bella Astillah & Syed Saddiq Kahwin 28 Mac 2026 akhirnya terjawab. So bukan kahwin, tapi tunang ye.
Pagi tadi Syed Saddiq memuat naik hantaran video di akaun instagram dia melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu!

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)
Lamaran Luar Biasa: Bukan Sekadar Hujan, Tapi Janji Setia
Bukan di restoran mewah atau hotel berbintang, Syed Saddiq memilih untuk melamar di puncak Gunung Kinabalu.
Memang rare! Kata Saddiq dalam kapsyennya yang menyentuh hati:
“Ini bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan, sebaliknya permulaan yang indah bagi kisah kami.”
Peminat rata-rata kagum dengan keberanian mereka mendaki gunung dalam cuaca mencabar demi sebuah ikatan suci. Memang gaya “Ironman” betul!

Saya Lelaki Paling Bertuah - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq lagi, dia sangat kagum dengan Bella Astillah.
“Saya dapat melihat sisi yang berbeza, the most exceptional, talented iron lady, Bella Astillah. Mungkin kamu kenal Bella sebagai keluarga, kawan, lihat kejayaannya di atas pentas”
“Tapi saya bertuah melihat sisi berbeza Bella. Wanita yang tidak pernah faham perkataan penat. Dalam kepenatan itu juga dia mencari kebangkitannya.
“Dalam kejatuhan itu juga, dia mencari jalan yang tersendiri untuk terus bangkit ke atas. Ada satu perkataan yang saya boleh rumuskan, ‘it’s not just she’s an iron lady, tapi dia wanita yang sangat baik,” katanya lagi.
Menurut Syed Saddiq, Bella seorang insan yang sangat baik.
“Dia baik kepada keluarganya, ibu bapanya, keluarga saya, adik-beradik. Tetapi yang lebih penting, dia baik kepada orang yang dia tak pernah jumpa pun sebelum ini”
“Sebab itu saya rasa berada dalam keadaan sangat baik kerana saya kenal Bella ‘before I fell in love with her’. Sebagai seorang kawan, itu penting. Sebab sebagai seorang kawan, baru kita lihat sisi yang berbeza orang itu”
“Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah Bella Astillah sebagai seorang ibu (as a mother) kepada dua orang anak yang sangat hebat, Ara dan Ayden,” katanya.
Baginya, melihat kasih sayang Bella kepada anak-anaknya mengingatkan dirinya kepada ibu bapanya sendiri yang menjadikan siapa dirinya hari ini.
“Tanpa mereka mustahil saya berada di sini. Saya lihat kasih sayang yang sama dikongsikan oleh Bella kepada anak-anaknya.
”Saya nak jelaskan di sini, saya cintakan Bella kerana dua anaknya juga, Ayden dan Ara. Saya harap Ayden dan Ara boleh menerima saya,” katanya.
Teka-teki “BASS” Akhirnya Terjawab
Dah lama netizen melihat keakraban mereka, baik di luar, mahupun dalam sosial media sampaikan wujud hashtag khas iaitu BASS.
Selepas sekian lama peminat BASS menyaksikan setiap gerak geri Syed Saddiq dan Bella mereka di media sosial, pasangan ini akhirnya mengesahkan berita gembira tersebut hari ini.
Pasangan ini bukan sahaja popular, bahkan ramai yang tersentuh melihat sisi peribadi pasangan ini:
Ramai netizen memuji keikhlasan Syed Saddiq yang dilihat sangat mesra dan berjaya menawan hati anak-anak Bella. Kalau dilihat dalam sosial media, anak-anak Bella memang rapat dengan Syed Saddiq.
Ramai juga yang menganggap ini adalah “pelangi selepas hujan” buat Bella, selepas dia dicurangi oleh Aliff Aziz dengan beberapa perempuan lain termasuk Sophia Albarakbah, Ruhainies dan Sarah Yasmin.
Mereka juga dilihat pasangan serasi. Seorang pejuang suara rakyat di Parlimen, seorang lagi bintang seni yang tabah. Memang pasangan yang padu!
Apa Langkah Seterusnya?
Sekarang bila dah sah bertunang, soalan yang paling ditunggu-tunggu mestilah: Bila agaknya tarikh naik pelamin? Kalau lamaran pun dah di puncak gunung, agaknya majlis perkahwinan nanti macam mana pula gahnya?
Apapun ubipanas.com mengucapkan tahniah buat Bella Astillah dan Syed Saddiq! Semoga hubungan ini kekal hingga ke jenjang pelamin dan berbahagia hingga ke akhir hayat.
Pada peminat BASS pula, apa pendapat korang tentang lamaran di puncak Kinabalu ni? Romantik ke mencabar?