“Netizen Mula Search ‘Syed Saddiq Ex Wife’, Tapi Betul Ke YB Pernah Kahwin?”
Sejak berita pertunangan Syed Saddiq dengan Bella Astillah tersebar semalam, tiba-tiba ramai netizen mulai cari Syed Saddiq ex wife. Seriously?. Betul ke Syed Saddiq pernah kahwin sebelum ni?
Jom join ubipanas.com kita siasat sama-sama.
</figure>## Jadi Siapa Yang Pernah Kahwin?
Yang ada rekod perkahwinan tu bukan Syed Saddiq, tapi tunangnya, Bella Astillah, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah. Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada akhir 2016, sebelum bercerai pertama kali pada 16 Mei 2024.
</figure>Pasangan itu kemudian rujuk semula, namun bercerai kali ke dua pada 2024.
Hasil daripada perkahwinan tu, mereka dikurniakan dua orang anak, Mohamad Ayden Adrean (9 tahun) dan Ara Adreanna (6 tahun).
Jadi kalau korang nak cari “ex wife Syed Saddiq” memang takde jawapannya sebab dia masih bujang hingga ke hari pertunangan semalam.
Rekod Hubungan Syed Saddiq Sebelum BASS
Sebelum kenal Bella, Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Alsagoff, pernah menjalinkan hubungan dengan seorang peguam bernama Abe Lim Hooi Sean sejak 2023. Hubungan itu bagaimanapun tidak membawa ke jinjang pelamin.
Terkini, Syed Saddiq mempunyai hubungan rapat dengan Bella Astillah sejak 2024, yang disangka sebagai hubungan romantik oleh netizen di Malaysia. Syed Saddiq juga sempat muncul sebagai cameo dalam video muzik Bella bertajuk Tapi Bukan Denganmu yang mula mencetuskan banyak tanda soal di kalangan peminat.
Dari Kawan Jadi Tunang
</figure>Hubungan Syed Saddiq dan Bella dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu, Sabah pada Januari lalu. Selepas tu, satu demi satu “hint” muncul dari pakaian sedondon masa raya, kongsi makanan sampai lah gambar-gambar mesra yang tular di media social.
Dua bulan selepas lamaran di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq secara terbuka mengakui cintanya terhadap Bella sebenarnya berputik daripada rasa kasih buat dua anak kecil bernama Ayden dan Ara. Dalam ucapannya semasa majlis pertunangan, dia berkata dia jatuh cinta bukan sekadar pada Bella, tapi pada keseluruhan keluarga kecil itu.
Antara yang paling touching antara hantaran daripada pihak Syed Saddiq adalah pembukaan akaun Tabung Haji buat Bella serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) untuk kedua-dua anak Bella. Bukan sekadar cincin, tapi jaminan masa depan untuk anak-anak orang lain. Respect sikit okey.
Kenapa Netizen Confuse?
Rasanya kekeliruan ni berlaku sebab Bella sendiri adalah ibu tunggal yang ada bekas suami dan sebab nama BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) dah sebati sangat kat media sosial, ramai yang assume terus Syed Saddiq pun ada riwayat perkahwinan terdahulu. Padahal tak.
</figure>Syed Saddiq sendiri pernah menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah mengedarkan kad undangan perkahwinan di Parlimen. Katanya, apa yang diedarkan ketika itu adalah permohonan mewakili suara rakyat Muar kepada Perdana Menteri, bukan kad kahwin.
Kesimpulan: YB Takde Ex Wife
Jadi untuk korang yang masih tertanya-tanya jawapannya mudah je. Syed Saddiq tidak pernah berkahwin sebelum ini. Dia bujang hingga ke saat dia meminang Bella Astillah. Kalau ada yang nampak result Google pasal “ex wife” tu, kemungkinan besar ia merujuk kepada bekas suami Bella iaitu Aliff Aziz, atau sekadar spekulasi netizen yang dah terlampau jauh.
Yang pastinya, sekarang dia dah bertunang dan netizen pun dah start kira hari bila wedding card nak sampai.