Iklan 728x90
“Siapa ‘Wife’ Syed Saddiq? Ini Biodata Bella Astillah, Tunang Baru YB Muar”

“Siapa ‘Wife’ Syed Saddiq? Ini Biodata Bella Astillah, Tunang Baru YB Muar”

2026, Mar 29    

Teka-teki mengenai status hubungan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab semalam! Bukan lagi sekadar gosip liar, Syed Saddiq secara rasminya telah mengikat tali pertunangan dengan Bella Astillah, pelakon jelita, dalam satu majlis tertutup.

Bella Astilah Bertunang, Bella Tunang</figure>Walaupun belum bergelar ‘wife’ secara rasmi, kehadiran Bella di sisi YB Muar ini telah mendapat restu penuh daripada peminat dan keluarga.

Nama Bella Astillah kini menjadi carian nombor satu di Google selepas berita pertunangannya dengan YB Syed Saddiq tular semalam. Ramai yang mula mencari maklumat peribadi pelakon ini, daripada soal umur hinggalah ke sejarah peribadinya.

Jom kita kenali profil bakal isteri kepada YB Muar, Syed Saddiq.

Bella Astillah</figure>## Biodata Penuh Bella Astillah

  • Nama Penuh: Dayang Nabellah Binti Awang Astillah
  • Nama Popular: Bella Astillah
  • Umur: 32 Tahun (Lahir pada 15 Mac 1994)
  • Asal: Sandakan, Sabah
  • Ketinggian: Anggaran 153 cm – 155 cm
  • Pendidikan: Diploma Penyiaran (Universiti Kuala Lumpur - UniKL)
  • Adik-Beradik: Anak sulung daripada lima beradik. Adiknya, Didi Astillah, juga merupakan penyanyi terkenal.
  • Akaun Media Social: Instagram: @bellaastillah, X: @bellaastillah, TikTok: @bellaastillah_94
    YouTube: @belladiaries7780

Kehidupan Peribadi & Keluarga

Status Terkini: Tunang kepada YB Syed Saddiq (Sejak Mac 2026)

Bella Astillah pernah berkahwin dengan Aliff Aziz, penyanyi kelahiran Singapura pada tahun 2016. Bekas suaminya itu menceraikan Bella kali pertama pada tahun 2019, dan kali kedua pada tahun 2024.

</figure>Anak-Anak: Daripada perkahwinan dengan bekas Suami, Aliff Aziz, Bella mempunya dua orang cahaya mata:

1) Mohamad Ayden Adrean (Lahir 2017)

2. Ara Adreanna (Lahir 2020)

Selain berlakon dan menyanyi, Bella juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau sering menjadi wajah kepada pelbagai jenama kecantikan antarabangsa.