Iklan 728x90
Spiderman: Brand New Day Pecah Rekod YouTube, 1 Bilion Tontonan Dalam 4 Hari!

Spiderman: Brand New Day Pecah Rekod YouTube, 1 Bilion Tontonan Dalam 4 Hari!

2026, Mar 26    

Siapa yang tak tahu tentang Movie Spiderman? ubipanas.com pasti semua tahu tentang Spiderman.

Untuk yang tak tahu, dunia dikejutkan oleh fenomena Spiderman. Menurut laporan portal berita malaymail, trailer rasmi Spider-Man: Brand New Day dari Sony Pictures mencatat sejarah apabila berjaya mengumpul lebih 1 bilion tontonan melalui gabungan beberapa channel milik mereka di YouTube hanya dalam masa empat hari.

spiderman_brand_new_day
Menurut syarikat analitik hiburan WaveMetrix, jumlah tontonan mencecah 1.1 bilion di seluruh dunia, menjadikannya trailer filem pertama mereka yang mencapai angka tersebut dalam tempoh singkat.

Rekod Demi Rekod Dipecahkan

  • Dalam 24 jam pertama, trailer ini meraih 718.6 juta tontonan di Youtube.
  • Dalam 8 jam pertama selepas dilancarkan, trailer Spiderman sudah mencatat 373 juta tontonan di Youtube, sekaligus memecahkan rekod 24 jam milik Deadpool & Wolverine (365 juta).
  • Ia juga mengatasi rekod Grand Theft Auto VI (475 juta), yang sebelum ini dianggap pelancaran video terbesar sepanjang zaman.

Kisah Baru Peter Parker

Selepas kejayaan global Spiderman: No Way Home, filem terbaru ini membuka babak baharu buat Peter Parker.

Empat tahun selepas Spiderman: No Way Home, Peter kini hidup bersendirian. Identitinya terpadam daripada ingatan orang-orang tersayang. Bagaimanapun, dia terus melindungi bandar New York walaupun mereka tidak mengenalinya lagi. Namun, gelombang jenayah misteri membawa ancaman baharu yang menguji kewujudannya.

## Barisan Pelakon & Kru

Filem ini menampilkan gabungan bintang lama dan baharu:

  • Tom Holland sebagai Peter Parker
  • Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Tramell Tillman, Michael Mando, dan Mark Ruffalo

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, serta diterbitkan oleh nama besar seperti Kevin Feige, Amy Pascal, dan Avi Arad.

## Tarikh Tayangan

Spiderman: Brand New Day dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada 31 Julai 2026.

Dengan rekod tontonan trailer yang luar biasa ini, jelas bahawa Spiderman masih mendapat perhatian yang meluas di seluruh dunia. Persoalannya kini: mampukah filem ini menepati hype yang dibina oleh trailernya?

Sama-sama kita nantikan pada 31 Julai 2026!